Pages

Tuesday, March 2, 2010

Antara kegawatan kemanusian dan percaturan kepentingan politik peribadi

Setelah sekian lama menyepi tanpa dititipkan sebarang idea dan pandangan, saya yakin tentu ramai teman-teman daripada kalayak siber tertanya-tanya ke mana menghilang Matradin.... Pasti sekali ada yang beranggapan mungkin Matradin telah beralih arah, ataupun setidak-tidaknya mungkin juga ada yang beranggapan Blog Matradin hanya wujud bermusim, muncul seketika memperkatakan cerita-cerita panas dan berlalu bagitu sahaja tanpa mengucapkan salam.

Walaupun apa juga anggapan Matradin sentiasa mengikuti perkembangan teman-teman kalayak siber semua. Cuma bezanya kali ini lebih banyak ditumpukan kepada pemerhatian kepada isu-isu semasa daripada membuat coretan di dalam Blog. Harap teman-teman dapat memberi komen atas apa yang akan Matradin coretkan di bawah ini.

Kita dikejutkan dengan dua isu panas yang menjadi perbualan di setiap warung-warung kopi oleh kebanyakan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Isu Pertama: Kita dikejutkan dengan penderaan seorang kanak-kanak yang berumur tiga tahun sehingga menyebabkan kematian oleh teman lelaki ibunya sendiri tanpa sedikitpun mendapat simpati masyarakat sekeliling, sekalipun penderaan tersebut berlaku di tempat awam yang terbuka. Dimanakah kemanusian kita sebagai anggota masyarat dalam menangani isu sosial ini dan usaha kita membuat pencegahan supaya ianya tidak berlarutan.

Isu Kedua: Penghijrahan ahli-ahli politik yang diberi kepercayaan untuk menyuarakan hasrat rakyat setelah dipilih sebagai Wakil Rakyat dari satu kem ke kem yang lain. Apakah alasan penghijrahan tersebut, adakah ianya benar-benar ikhlas atupun sekadar untuk mencari habuan politik semata-mata. Jika ianya benar-benar ikhlas kenapakah baru sekarang baharu beralih arah dan tidak dari dahulu lagi. Sejauh mana keikhlasan penghijrahan ini masih hangat dibualkan di warung-warung kopi, dan sudah tentu majoriti orang ramai mempunyai alasan yang cukup kukuh memperkatakan keikhlasan dua tiga kerat ahli-ahli politik ini.

Fikir-fikirkanlah apa yang diperkatakan ini.

Technical Visit for transfer of technology








Tuesday, July 28, 2009

Festival Kedah Sejahtera menepati sasaran Kerajaan Pakatan Kedah

Setelah hampir sepurnama Matradin tidak muncul-muncul, kini eloklah rasanya Blog ini dikemaskini dengan sedikit komen tentang program Festival Kedah Sejahtera yang berakhir hari ini, 28 Julai 2009 yang dilancarkan oleh YAB menteri Besar Kedah pada 22 Julai 2009 yang lalu.

Secara keseluruhannya program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ini telah sedikit sebanyak mencapai sasaran sebagaimana yang dihajatkan. Apa tidaknya setelah Kerajaan Pakatan Kedah dilanda dengan sedikit ujian berikutan dengan tindakan MBAS meroboh tempat penyembelihan khinzir yang telah dibina secara haram sejak lebih berdekad-dekad lamanya, di mana tindakan ini diprotes oleh DAP. Tindakan protes DAP ini walaupun telah dapat ditangani dengan baik oleh YAB Menteri Besar, namum ianya menjadi isu yang dibangkitkan dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai oleh pihak Barisan Nasional. Isu Kedah ini dibangkitkan berulang kali di Manek Urai bersama-sama dengan isu Kerajaan Perpaduan sedikit sebanyak telah mempengaruhi jumlah undi yang diperolehi oleh PAS bagi Pilihanraya Kecil tersebut. Apa tidaknya PAS hampir-hampir kecundang dengan dua isu ini di Manek Urai.

Kini setelah Pilihanraya Kecil Manek Urai telah berlalu, Kerajaan Pakatan Kedah mengambil langkah bijak melancarkan program Festival Kedah yang sudah pasti akan merapatkan dan memperkukuhkan lagi hubungan akrab diantara komponen parti-parti Pakatan Rakyat, yang dicanang hebat oleh pihak Barisan Nasional di Manek Urai mengalami perpecahan. Adalah diharap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat lainpun dapat mengorak langkah yang sama menganjurkan program yang seumpama ini supaya dapat diakrabkan dan diperkukuhkan lagi hubungan Majlis Pimpinan pakatan Rakyat.




Saturday, June 27, 2009

Satukan UMNO dan BN dulu sebelum nak Satu Malaysia...

Hari ini Perdana Menteri melancarkan dasar Kerajaan semasa membuat Pembentangan Belanjawan yang lalu, iaitu Dasar Satu Malaysia. Sekali pandang ianya cukup menyakinkan rakyat Malaysia bahawa dasar ini akan menggerakkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang kuat dan dihormati. Akan tetapi amat malang bagi negara kita apabila dasar ini jadi bahan ejekan, bukan sahaja daripada penganalisa politik yang hebat-hebat, malah kalayak rakyat marhean dapat merasakan dasar Satu Malaysia tidak lebih daripada kosmetik yang cuba dipakaikan kepada nenek-nenek yang telah lanjut usia.


Apa tidaknya pergolakan dalam UMNO cukup memualkan, apatah lagi bagi pengundi muda yang faham benar pergolakan tersebut berpunca daripada perubatan jawatan. Negeri Trengganu berpecah kepada dua kumpulan, dengan satu kumpulan pro-Idris dan satu kumpulan lagi pro-Ahmad Said. Punca kepada perpecahan ini tidak lain tidak bukan kerana masing-masing kumpulan menuntut lebih kuasa. Itu saja, bukannya pasal lain pun. Bagitu juga halnya di Negeri Perlis, lebih kurang sama sahaja ceritanya. Itu belum lagi pergolakan dalam PPP dan Gerakan yang menjadi kerabat UMNO dalam Barisan Nasional. Pi mai pi mai puncanya tak lain dan tak bukan pasal nak tunjuk siapa lebih berkuasa daripada siapa.




Tup tup nak buat pulak Satu Malaysia, yang Satu BN dan satu UMNO pun tak lepas. Rakyat semakin bijak membuat penilaian siapa yang ikhlas dan siapa yang berpura-pura. Apa mungkin pelancaran kempen Satu Malaysia yang dilancarkan ini sebagai gimik politik untuk pilihanraya kecil PRK Manek Urai. Akan tetapi harus diingat pengundi tidak mudah tertipu dengan percaturan politik murahan seperti ini, tambah-tambah lagi pengundi Manek Urai yang telah lebih lama matang berpolitik daripada tempat-tempat lain. Ingat pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, perpaduan sebenar adalah perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Ini bermakna konsep perpaduan untuk mewujudkan Satu Malaysia yang sebenar adalah konsep yang disepakati dalam Pakatan Rakyat. Selamat berkempen bagi semua kepimpinan Pakatan Rakyat di PRK Manek Urai.



Tuesday, June 23, 2009

Tsunami yang cuba digerakkan oleh BN untuk perangkap PR menjerat diri sendiri

Alhamdulillah setelah sekian lama kemelut yang melanda Pakatan Rakyat akhirnya dapat diselesaikan secara musyawarah antara pimpinan PAS sesama pimpinan PAS dan di bawa kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bagi menyatakan pendirian bersama dalam menangani isu ini.

Apa yang belum selesai hanyalah di pihak UMNO dan Barisan Nasional yang sedikit merasa kecewa setelah seluruh kekuatan yang ada digunakan untuk memprovokasi Pakatan Rakyat tidak membuahkan sebarang hasil. Disini dapat dibuktikan kekuatan sebenar pertarungan dalam percaturan politik masih berpihak kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi isu ini, setelah berlaku tsunami Mac 2008 yang lalu. Nampak gayanya tsunami Mac 2008 masih mempunyai kekuatannya yang tersendiri dengan rakyat marhean melihat dan mengikuti setiap gerak dan gelecek yang dipersembahkan oleh kedua-dua pihak BN dan PR dengan penuh minat, yang akhirnya memberi kemenangan kepada PR.


Belumpun sempat tsunami Kerajaan Perpaduan yang dimulakan sendiri oleh UMNO yang cuba memerangkap Pakatan Rakyat dan PAS, ianya lebih dulu memakan diri sendiri. Sekarang tiba pula tsunami di Manek Urai yang akan menjadi gelombang baru yang amat merisaukan BN untuk menghadapinya. Menjadi kelaziman setiap tsunami yang berlaku bermula daripada gegaran di dasar laut, tetapi malangnya gegaran di Manek Urai kali ini digerakan oleh UMNO dan akhirnya memakan diri sendiri. Bagitulah lumrah alam, setiap yang lama berada di atas sukar untuk meramal apa yang akan berlaku di bawah.




Sunday, June 21, 2009

Penularan wabak H1N1 suatu amaran daripada Allah

Negara kini sedang berhadapan dengan wabak Influenza A H1N1 yang umum mengetahui berada pada tahap kritikal, di mana pada hari ini sebuah sekolah di Kuala Lumpur, iaitu SJKC Jalan Davidson diarah ditutup. Sebagai seorang muslim wabak ini ada jalan keluarnya, dengan kembali kepada Allah kerana "Dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan". Malang sekali sehingga ke saat ini belum lagi ada seorangpun pemimpin negara yang beragama Islam mencadangkan diadakan solat hajat menolak dijauhkan bala Allah ini. Mana perginya ketokohan ulamak yang dipilih di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib yang diberi kepercayaan memimpin Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri, yang suatu ketika dulu cukup prihatin dengan masalah ummah, apabila negara berhadapan dengan suasana getir ini.

Adakah ulamak tersebut juga turut ikut sebok dan disebokan dengan masalah UMNO yang tidak henti-henti menyakat PAS dengan Kerajaan Perpaduannya, sehingga lupa untuk menasihatkan kabinet supaya kembali kepada Allah apabila negara ditimpa musibah. Renung-renungkanlah....




Thursday, June 18, 2009

Kematangan Wakil Rakyat PAS menyakinkan pengundi

Hari ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysikini sepuloh orang wakil rakyat PAS telah menyatakan pendirian mereka menolak cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang disuarakan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Walaupun ianya dilihat sebagai satu momentum bagi kempen pilihanraya kecil Manek Urai, tetapi ianya mempunyai impak yang besar serta memberi tamparan kepada Kerajaan Barisan Nasional.


Penolakan sepuloh orang wakil rakyat ini menjadi simbol kepada perasaan dan harapan penyokong PAS pada peringkat akar umbi yang begitu tersinggung dengan tindakan yang diambil oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang membelakangkan peranan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Rata-rata pengundi muda merasakan perasaan mereka dipermainkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS apabila pimpinan PAS menyuarakan idea mewujudkan Kerajaan perpaduan ini. Malah ada di kalangan pengundi muda yang memberikan undi mereka kepada PAS dan Pakatan Rakyat merasakan mereka diperbodohkan.

Dengan tindakan drastik yang diambil oleh sepuloh orang wakil rakyat ini menampakan kematangan dalam menyampaikan mesej kepada pimpinan PAS. Semuga pimpinan PAS dapat membuat penilian ke atas mesej yang dihantar oleh sepuloh orang wakil rakyat ini. Kami yang mewakili pengundi-pengundi muda saluran tiga dan empat amat berharap supaya pimpinan PAS dapat berlapang dada menerima mesej ini dengan hati yang terbuka.

Syabas diucapkan kepada sepuloh orang wakil rakyat PAS yang mewakili golongan ulamak dan juga profesional yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.