Pages

Tuesday, July 28, 2009

Festival Kedah Sejahtera menepati sasaran Kerajaan Pakatan Kedah

Setelah hampir sepurnama Matradin tidak muncul-muncul, kini eloklah rasanya Blog ini dikemaskini dengan sedikit komen tentang program Festival Kedah Sejahtera yang berakhir hari ini, 28 Julai 2009 yang dilancarkan oleh YAB menteri Besar Kedah pada 22 Julai 2009 yang lalu.

Secara keseluruhannya program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ini telah sedikit sebanyak mencapai sasaran sebagaimana yang dihajatkan. Apa tidaknya setelah Kerajaan Pakatan Kedah dilanda dengan sedikit ujian berikutan dengan tindakan MBAS meroboh tempat penyembelihan khinzir yang telah dibina secara haram sejak lebih berdekad-dekad lamanya, di mana tindakan ini diprotes oleh DAP. Tindakan protes DAP ini walaupun telah dapat ditangani dengan baik oleh YAB Menteri Besar, namum ianya menjadi isu yang dibangkitkan dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai oleh pihak Barisan Nasional. Isu Kedah ini dibangkitkan berulang kali di Manek Urai bersama-sama dengan isu Kerajaan Perpaduan sedikit sebanyak telah mempengaruhi jumlah undi yang diperolehi oleh PAS bagi Pilihanraya Kecil tersebut. Apa tidaknya PAS hampir-hampir kecundang dengan dua isu ini di Manek Urai.

Kini setelah Pilihanraya Kecil Manek Urai telah berlalu, Kerajaan Pakatan Kedah mengambil langkah bijak melancarkan program Festival Kedah yang sudah pasti akan merapatkan dan memperkukuhkan lagi hubungan akrab diantara komponen parti-parti Pakatan Rakyat, yang dicanang hebat oleh pihak Barisan Nasional di Manek Urai mengalami perpecahan. Adalah diharap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat lainpun dapat mengorak langkah yang sama menganjurkan program yang seumpama ini supaya dapat diakrabkan dan diperkukuhkan lagi hubungan Majlis Pimpinan pakatan Rakyat.