Pages

Saturday, June 27, 2009

Satukan UMNO dan BN dulu sebelum nak Satu Malaysia...

Hari ini Perdana Menteri melancarkan dasar Kerajaan semasa membuat Pembentangan Belanjawan yang lalu, iaitu Dasar Satu Malaysia. Sekali pandang ianya cukup menyakinkan rakyat Malaysia bahawa dasar ini akan menggerakkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang kuat dan dihormati. Akan tetapi amat malang bagi negara kita apabila dasar ini jadi bahan ejekan, bukan sahaja daripada penganalisa politik yang hebat-hebat, malah kalayak rakyat marhean dapat merasakan dasar Satu Malaysia tidak lebih daripada kosmetik yang cuba dipakaikan kepada nenek-nenek yang telah lanjut usia.


Apa tidaknya pergolakan dalam UMNO cukup memualkan, apatah lagi bagi pengundi muda yang faham benar pergolakan tersebut berpunca daripada perubatan jawatan. Negeri Trengganu berpecah kepada dua kumpulan, dengan satu kumpulan pro-Idris dan satu kumpulan lagi pro-Ahmad Said. Punca kepada perpecahan ini tidak lain tidak bukan kerana masing-masing kumpulan menuntut lebih kuasa. Itu saja, bukannya pasal lain pun. Bagitu juga halnya di Negeri Perlis, lebih kurang sama sahaja ceritanya. Itu belum lagi pergolakan dalam PPP dan Gerakan yang menjadi kerabat UMNO dalam Barisan Nasional. Pi mai pi mai puncanya tak lain dan tak bukan pasal nak tunjuk siapa lebih berkuasa daripada siapa.




Tup tup nak buat pulak Satu Malaysia, yang Satu BN dan satu UMNO pun tak lepas. Rakyat semakin bijak membuat penilaian siapa yang ikhlas dan siapa yang berpura-pura. Apa mungkin pelancaran kempen Satu Malaysia yang dilancarkan ini sebagai gimik politik untuk pilihanraya kecil PRK Manek Urai. Akan tetapi harus diingat pengundi tidak mudah tertipu dengan percaturan politik murahan seperti ini, tambah-tambah lagi pengundi Manek Urai yang telah lebih lama matang berpolitik daripada tempat-tempat lain. Ingat pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, perpaduan sebenar adalah perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Ini bermakna konsep perpaduan untuk mewujudkan Satu Malaysia yang sebenar adalah konsep yang disepakati dalam Pakatan Rakyat. Selamat berkempen bagi semua kepimpinan Pakatan Rakyat di PRK Manek Urai.



No comments: