Pada hari ini kita lihat suatu lagi langkah proaktif yang diambil oleh salah seorang Naib Presiden PAS yang baru dipilih, dan langkah tersebut diberi sokongan pula oleh seorang lagi Naib Presiden PAS yang juga baru dipilih. Walaupun ianya suatu saranan yang cukup membina yang dibuat oleh YB Mahfuz, tetapi ramai dari kalayak ahli-ahli PAS berpandangan ianya tidak kondusif dan boleh menzahirkan persekitaran yang tidak selesa kepada jemaah tersebut.
Di sini izinkan saya memberi sedikit pandangan berhubung dengan saranan ini, daripada perspektif rakyat marhean yang berada di luar jemaah PAS. Pada saya jika PAS ingin menjadi sebuah parti yang kuat dan dihormati seharusnyalah menerima teguran dan saranan yang dibuat oleh YB Mahfuz dengan berjiwa besar serta berlapang dada. Sudah sampai masa PAS membuat reformasi dalam berpolitik di negara kita ini. Tinggalkan budaya menjadi Pak Angguk dan pembodek dalam berpolitik secara berjamaah yang menjadi dasar perjuangan PAS. Cukuplah budaya tersebut diamalkan dalam UMNO dan Barisan Nasional, pengundi generasi tiga puluhan dan empat puluhan sudah mual dengan budaya tersebut.
Apa yang diharapkan budaya pembodek dan pak turut tidak lagi diamalkan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan PAS yang membawa imej perjuangan Islam yang lebih menitik-beratkan teguran dan saranan yang konstuktif untuk mengimbangi kuasa pemimpin dengan orang yang dipimpin. Cubalah kita merenung sejenak suatu kisah yang amat masyhur yang berlaku pada zaman Khalifah Ar-Rasyidin, di mana hanya seorang rakyat marhean sahaja mampu menegur dengan keras sambil menghunuskan pedang kepada Amirul Mukminin seraya berkata " Wahai Amirul Mukminin jika sekiranya tuan hamba melakukan penyelewengan maka pedang inilah yang akan mengajar tuan hamba". Dengan jiwa yang besar dan berlapang dada Amirul Muminin menjawab " Alhamdulillah masih ada di kalangan orang-orang Mukmin yang sedia membetulkan Khalifahnya. Sikap inilah yang perlu ditunjukkan oleh bukan sahaja ahli-ahli PAS, malah pimpinan PAS juga hendaklah bersedia menerimanya dengan jiwa besar dan berlapang dada.
No comments:
Post a Comment